Pembantu peribadi harian anda

Dah ingat dalam kepala. Tapi terlupa juga.

Bukan sebab anda tak ambil kisah. Cuma terlalu banyak benda nak diingat dalam sehari. Kadang-kadang perkara penting minggu depan atau bulan depan pun kita terlupa.

Muat turun di App Store Dapatkannya di Google Play
Skrin utama NITA

Biasa dengan situasi ini?

💍

Terlupa hari ulang tahun perkahwinan. Sedar bila pasangan dah senyap sepanjang hari.

🧾

Pagi dah niat nak bayar bil. Sampai tempat kerja dah busy, langsung terlupa.

🚗

Roadtax dan insurans kereta dah tamat. Baru perasan bila dah lewat.

🏥

Temujanji klinik dibuat tiga bulan lepas. Pagi tu juga baru teringat.

🍼

Pesan suami belikan susu anak. Mesej tenggelam dalam group WhatsApp keluarga.

💸

Bila tengok baki dalam bank: "Eh, apa aku belanja sampai duit nak habis ni?"

Satu-satu nampak kecik. Bila bertimbun, lain cerita.

Bil lewat, kena caj Roadtax tamat, baru perasan Hari jadi orang rumah terlepas Sarapan, air, penghantaran… semua kabur

Duit pun sama. Tak habis sekali gus, tapi sikit-sikit. Bila nak ingat balik, semua dah kabur. Lepas tu kita salahkan diri sendiri: "Kenapa aku asyik lupa?"

Sebenarnya, otak kita bukan kalendar. Tak payah paksa dia ingat semua.

Kenalkan NITA. Pembantu peribadi harian anda.

Semua yang selalu terlepas, NITA tolong ingatkan dan susun.

Voice

Malas menaip? Gunakan fungsi ‘cakap’

1 Tekan mikrofon 2 Cakap 3 Tekan STOP 4 Semak & simpan
Anda cakap"Beli sarapan 48 ringgit pagi tadi"
NITA simpankan untuk anda
Belanja Apa Hari Ini · SarapanRM48.00

Ilustrasi sahaja, bukan tangkapan skrin app.

Tugasan & Peringatan

Set sekali. NITA yang ingatkan.

Susun tugasan dan terima peringatan pada waktunya.

  • Pilih bila: Hari Ini, Esok atau Hari Lain
  • Sekali sahaja, atau berulang kali (contoh: setiap hari)
  • Tandakan sebagai penting
  • Pilih cara ingat: Chime Sekali, Alarm NITA atau Senyap

Alarm NITA: bunyi alarm yang kuat dan berterusan untuk perkara penting.

NITA faham arahan suara sebagai Tugasan

Cakap sekali, NITA faham ia Tugasan, siap dengan peringatan

Skrin Butiran Tugasan

Tersimpan: Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, 1:00 PTG, Alarm NITA

Temujanji

Klinik, bank, sekolah. Semua dalam satu tempat.

Simpan masa, lokasi dan maklumat temujanji.

  • Nama temujanji, tarikh dan masa
  • Lokasi, supaya tak tercari-cari
  • Pilih peringatan
  • Boleh set temujanji berulang
NITA faham arahan suara sebagai Temujanji

"Esok pagi pukul lapan pergi klinik jumpa doktor" jadi Temujanji

Tarikh Istimewa & Penting

Ulang tahun kahwin? Roadtax? NITA ingatkan awal.

Ingat hari bermakna, bayaran, pembaharuan dan deadline.

Tarikh Istimewa

  • Hari Lahir, Ulang Tahun atau Lain-lain
  • Berlaku setiap tahun, atau sekali sahaja

Tarikh Penting

  • Dokumen, Kenderaan, Bayaran, Deadline atau Lain-lain
  • Tarikh tamat, pembaharuan atau deadline

Pilih bila NITA perlu ingatkan: 1, 3, 7, 14 atau 30 hari sebelum.

NITA faham arahan suara sebagai Tarikh Istimewa

Hari jadi ibu jadi Tarikh Istimewa, diingatkan 1 hari sebelum

NITA faham arahan suara sebagai Tarikh Penting

Installment kereta jadi Tarikh Penting, diingatkan 3 hari sebelum

Belanja & Resit

Tahu ke mana duit anda pergi.

Rekod belanja supaya wang lebih mudah dipantau. Anda boleh melihat jumlah yang telah dibelanjakan dan menyemak semula sejarah belanja.

Tiga cara rekod, pilih yang paling senang

🎙️
Voice

Cakap je apa anda beli dan berapa. NITA paparkan untuk anda semak sebelum simpan.

📷
Scan Resit

Ambil gambar resit, tunggu bacaan selesai, kemudian semak nama, jumlah dan tarikh sebelum menyimpan.

⌨️
Taip Manual

Masukkan nama belanja atau kedai, jumlah, tarikh dan kategori.

Kelebihan

  • Ketahui jumlah belanja hari ini.
  • Ingat wang dibelanjakan untuk apa.
  • Semak sejarah belanja terdahulu.
  • Pilih Voice, Scan Resit atau Taip Manual.

🔒 Scan Resit membaca resit secara lokal pada telefon. Gambar resit tidak disimpan sebagai rekod; hanya maklumat yang anda semak dan simpan dimasukkan ke dalam rekod belanja.

Skrin Belanja Apa Hari Ini

Skrin sebenar: Belanja Apa Hari Ini

Jumlah hari ini dan semalam, sekali pandang
Jumlah belanja bulan ini
Lihat Sejarah untuk semak rekod lama
ConnectBuddy

Minta tolong orang terdekat. Terus jadi tugasan dalam telefon dia.

Senang cerita: anda hantar permintaan kepada Buddy (suami, isteri, anak, kawan atau rakan sekerja). Ia masuk ke NITA dia sebagai tugasan, lengkap dengan tarikh, masa dan peringatan. Bila dia dah buat, dia tekan Tandakan Selesai, dan anda nampak statusnya. Tak payah tanya "Dah beli ke belum?"

Contoh dalam hidup sebenar

Isteri → suami
"Tolong belikan susu anak sebelum balik."
Ayah → anak
"Belikan beras semasa pulang kerja nanti."
Rakan sekerja
"Siapkan laporan kewangan sebelum tengah hari esok."
Bantuan di pejabat
"Tolong belikan nasi dan bawa balik untuk saya."

Macam mana ia berfungsi

1

Sambung dengan Buddy

Kongsi Kod Buddy anda atau jemput melalui email. Bila Buddy hantar permintaan, anda tekan Terima.

2

Hantar tugasan

Isi tajuk, tarikh, masa dan nota, atau guna suara. Pilih peringatan untuk Buddy, kemudian tekan Hantar.

3

Buddy selesaikan

Buddy buat tugasan dan tekan Tandakan Selesai. Anda nampak status Selesai.

Skrin ConnectBuddy

Skrin ConnectBuddy: senarai Buddy, "Tugasan untuk Anda" dan "Tugasan untuk Buddy"

Contoh tugasan ConnectBuddy

Contoh tugasan yang Buddy terima: "Belikan roti waktu balik", dengan tarikh, masa, nota dan butang Tandakan Selesai

Bukan chat Tiada carian orang awam Hanya task ConnectBuddy dikongsi Rekod peribadi lain tidak dikongsi

🔒 Data anda, dekat dengan anda

Maklumat harian disimpan terutamanya pada telefon anda. Gambar resit dipadam selepas imbasan selesai.

Tak payah ingat semua. Biar NITA tolong ingat.

DOWNLOAD SEKARANG

Muat turun di App Store Dapatkannya di Google Play